35 rumah terjejas akibat bentang kolam tadahan pecah

LocalEnvironment
23 Apr 2025 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memantau di lokasi banjir.

image is not available
Sebanyak 35 buah rumah terjejas akibat kejadian tersebut.

image is not available
Keadaan banjir di Taman Seri Alam, Kuala Selangor pada Rabu.

KUALA SELANGOR- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan benteng takungan air di Taman Seri Alam, di sini, pecah lagi sehingga menyebabkan banjir, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.26 pagi.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 25 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

**media[3096513]**

Wan Md Razali berkata, setibanya di lokasi mendapati paras air banjir adalah 0.3 meter.

"Sebanyak 35 buah rumah terjejas, banjir semakin surut dan tiada permindahan mangsa dilakukan," ujarnya.

**media[3096512]**

Pada 29 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan benteng takungan air di kawasan itu pecah sehingga mengakibatkan air melimpah ke seluruh perumahan terbabit.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan kejadian banjir di Taman Seri Alam.