36 Tahun Berkhidmat, Guru Sekolah Tak Pernah Ambil Cuti Sakit

Entertainment
21 May 2023 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru di Kelantan mencipta rekod tersendiri selepas tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang 36 tahun berkhidmat.

Mohd Radin Sidek yang bersara wajib baru-baru ini menyifatkan tanggungjawab diberikan untuk mendidik anak bangsa adalah lebih besar. Menurutnya, beliau mengambil berat terhadap kesihatan apabila akan memastikan dirinya sentiasa sihat sekali gus dapat hadir ke sekolah setiap hari.

“Alhamdulillah sebaik makan ubat, sakit kepala atau selesema itu akan hilang sekali gus membolehkan saya meneruskan tugas untuk mendidik anak bangsa”

Berkata kepada Harian Metro, beliau akan makan Panadol bagi meredakan kesakitan seperti sakit kepala atau selsema.

Tambah guru pendidikan seni itu lagi, beliau sangat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak pernah sakit teruk sepanjang berkhidmat di 10 sekolah di empat negeri termasuk Kelantan.

image is not available

Dedikasi beliau dalam mendidik generasi masa hadapan telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali iaitu pada 2009, 2016 dan 2021.

Mohd Radin yang bertugas di SMK Sri Gunung selama 20 tahun berkata, begitu juga cuti rehat khas (CRK) beliau hanya mengambil sebanyak tujuh hari di sepanjang berkhidmat bagi menghadiri majlis konvokesyen anak dan hantar mereka untuk mendaftar di universiti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.