37 kanak-kanak, 7 guru tadika terperangkap banjir kilat

30 Sep 2026 • 8:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 37 kanak-kanak, 7 guru tadika terperangkap banjir kilat
Bomba memindahkan 37 kanak-kanak dan tujuh guru yang terperangkap akibat banjir kilat di Jalan Mohd Amin, Johor Bahru. Foto JBPM Johor

JOHOR BAHRU - Seramai 37 kanak-kanak dan tujuh guru terperangkap di sebuah tadika dan taska selepas premis itu dilanda banjir kilat di Jalan Mohd Amin dekat sini, petang Rabu.

Komander Operasi, Nakish Nekmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin tiba di lokasi pada jam 4.14 petang.

Jelasnya, seramai 10 anggota terbabit dalam operasi itu dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

"Pasukan keluaran Operasi (PKO) bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan sebuah bot sukarela bagi memindahkan kesemua mangsa ke Surau Medan Selera Tepian.

"Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hujan lebat pada sebelah petang Rabu menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya di landa banjir kilat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved