9 pekerja projek terperangkap banjir di Cyberjaya

30 Sep 2026 • 8:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 9 pekerja projek terperangkap banjir di Cyberjaya

CYBERJAYA- Seramai sembilan pekerja pembinaan dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir di kawasan projek pembesaran aliran sungai berhampiran Apartment Semarak, Jalan Putra Perdana 1A, di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.26 petang itu, tujuh mangsa dilaporkan terkandas di daratan, manakala dua lagi berada di atas sebuah jengkaut selepas laluan keluar dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.26 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Seramai lapan anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) tiba di lokasi pada pukul 6.40 petang.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat sembilan pekerja pembinaan terperangkap akibat banjir di kawasan projek pembesaran aliran sungai.

“Bagaimanapun, laluan ke lokasi mangsa tidak dapat dilalui kerana arus yang terlalu deras dan berbahaya. Operasi menyelamat sedang dilakukan bagi membawa keluar kesemua mangsa ke tempat selamat,” katanya.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi masih berjalan. – KOSMO! ONLINE

The post 9 pekerja projek terperangkap banjir di Cyberjaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved