370 kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel

WorldPolitics
28 Aug 2026 • 4:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 370 kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel

RAMALLAH: Kira-kira 370 kanak-kanak Palestin kini ditahan di penjara Israel, dengan kebanyakannya ditempatkan di penjara Megiddo dan Ofer, menurut laporan Pusat Advokasi Banduan Palestin.

Kumpulan hak asasi itu berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada lebih 9,400 tahanan dan banduan Palestin yang ditahan Israel setakat awal Ogos.

Menurut laporan itu, penahanan kanak-kanak Palestin kini bukan lagi kes terpencil, sebaliknya semakin menjadi sebahagian daripada operasi penahanan yang dijalankan pasukan Israel di Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmuqaddis Timur.

Seramai 276 kanak-kanak Palestin ditahan pasukan Israel dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, menurut laporan berkenaan.

Kumpulan itu turut membangkitkan isu penggunaan penahanan pentadbiran oleh Israel yang membolehkan seseorang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Penahanan berkenaan boleh dilanjutkan untuk tempoh tertentu berdasarkan bukti yang tidak didedahkan kepada tahanan atau orang awam.

Menurut kumpulan hak asasi itu, amalan berkenaan terus digunakan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Pertubuhan hak asasi Palestin dan antarabangsa sebelum ini berulang kali mendakwa tahanan Palestin, termasuk golongan bawah umur, berdepan keadaan sukar sepanjang berada dalam tahanan Israel.

Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk kekurangan makanan dan akses kepada rawatan perubatan yang mencukupi.

Laporan itu turut menyeru perhatian lebih besar diberikan terhadap nasib kanak-kanak Palestin yang ditahan serta keadaan mereka ketika berada dalam penjara Israel.- ANADOLU

The post 370 kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved