
MARANG – Seramai tiga banduan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang rakan banduan di Penjara Marang, di sini semalam.
Mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia setelah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Merchang di sini pada 12.31 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Sofian Redzuan berkata, siasatan awal mendapati banduan terlibat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang warden penjara.
“Mangsa dipercayai telah diserang tiga suspek yang juga banduan yang dikatakan tidak berpuas hati dengannya di dalam penjara berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Sofian berkata, mayat banduan tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada organ dalaman dengan limpanya koyak dipercayai akibat hentakan objek tumpuan.
“Tiga suspek berusia antarara 21 dan 35 tahun telah dikenalpasti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Banduan Penjara Marang mati dibelasah appeared first on Kosmo Digital.





.jpg)
