Apple Menawarkan Program Gantian Papan Logik Untuk MacBook Air 2018

1 Jul 2019 • 7:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda antara pemilik MacBook Air 2o18 yang menerima rekaan serba baharu tahun lalu? Sekiranya anda layak menerima program gantian papan logik percuma kerana masalah yang ditemui pada sebahagian kecil komputer riba yang dihasilkan. Menurut Apple pengguna layak menerima gantian secara percuma

image is not available
Ini adalah menurut memo dalaman yang diterima oleh laman MacRumors. Pengumuman rasmi program gantian ini tidak dilakukan oleh Apple kerana ia dikatakan melibatkan hanya sebahagian kecil MacBook Air 2018 yang dipasarkan. Pelanggan yang terkesan oleh masalah papan logik ini akan menerima emel dari Apple bagi mendapatkan alat ganti. Tiada maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna disebabkan oleh papan logik.

MacBook Air 2018 hadir dengan papan kekunci kupu-kupu serta skrin yang beresolusi lebih tinggi lengkap dengan bezel lebih nipis. Pemproses Intel generasi terkini turut ditawarkan oleh model ini bersama dengan Touch ID terbina pada butang kuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved