383 kes baharu Covid-19

10 Jan 2023 • 9:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 383 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin.

SHAH ALAM - Sebanyak 383 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan dua kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKM Now, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara akibat Covid-19 mencecah 36,883 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,414 kes, dengan 10, 779 atau 94.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 607 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 28 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 355 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4, 982,399 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved