Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Saratok, Kes Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut

9 Jan 2023 • 8:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat mangsa masih belum dikenal pasti.

Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Saratok, Kes Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut. Pada hari ini kita digemparkan dengan berita penemuan seorang mayat lelaki terdampar di tebing Sungai Wharf Jelatong, Sungai Krian, Seratok.

Menurut laporan, mayat tersebut belum lagi dikenal pasti identitinya.

image is not available
Mayat Lelaki Ditemui Terdampar Di Saratok, Kes Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut. Sumber foto: Borneo Network

Mayat mangsa diserahkan ke Hospital Saratok

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Polis (DSP) Mordani Tanin berkata, kes masih dalam siasatan dan mayat mangsa telah diserahkan ke Hospital Saratok untuk bedah siasat.

Beliau berkata mayat tersebut ditemui oleh orang awam terdampar di Sungai Krian dalam kira-kira jam 1 tengah hari, hari ini.

image is not available
Sumber foto: Borneo Network

Diklasifikasi sebagai mati mengejut

Setakat ini, kes ini telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Orang awam bagaimanapun dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan menganggy siasatan polis.

Lagi berita terkini buat anda di sini: