TikTok Meneruskan Takhta Sebagai Aplikasi Paling Banyak Dimuat-Turun Di AppStore Untuk Suku Pertama 2019

17 May 2019 • 8:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna muda, dan aktif digunakan dalam berkongsi sejumlah video ringkas yang kreatif melaluinya. Terkini, melalui laporan SensorTower terbaru, ia memperlihatkan yang mana TikTok menduduki tangga pertama dalam populariti aplikasi yang dimuat-turun di AppStore sepanjang suku pertama 2019 ini.

Aplikasi lain yang turut popular dimuat-turun pengguna di platform iOS adalah YouTube dan Instagram.

image is not available

Jikalau dilihat pada Google Play pula, WhatsApp dan Messenger mendahului dua kedudukan teratas, sementara TikTok menduduki tangga ketiga.

Secara keseluruhan, jikalau dilihat, daripada lima aplikasi teratas, pihak Facebook memegang empat posisi teratas melalui aplikasi WhatsApp, Messenger, Facebook dan Instagram, sementara hanya TikTok dalam kedudukan lima teratas yang daripada syarikat berbeza.

image is not available

Ikuti Amanz di TikTok