Laporan Lenovo Menunjukkan Bahawa Kanak-Kanak Lebih Cenderung Mencari Maklumat Secara Atas Talian Daripada Menanya Ibu Bapa

TechnologyDigital
4 Oct 2019 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Secara tradisionalnya, apabila kanak-kanak sedang menyiapkan kerja rumah, mereka akan menanya kepada ibu-bapa mereka untuk soalan-soalan yang mereka tidak boleh jawab dengan sendiri.

Kemajuan teknologi memudahkan kanak-kanak kini mencari jawapan kepada soalan-soalan sukar dengan sendiri, dan inilah apa yang ditemui oleh Lenovo melalui kajian terbaru mereka.

Lenovo telah menyoal-selidik 15000 individu ibu-bapa dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, India, Jepun, UK, Jerman, Perancis, dan Itali dan bertanya jika kanak-kanak bertanya mereka untuk jawapan-jawapan soalan kerja rumah, ataupun kanak-kanak ini lebih cenderung untuk mencari jawapan mereka sendiri di laman web.

image is not available

Menariknya, laporan Lenovo ini menunjukkan bahawa 75 peratus daripada ibu-bapa yang disoal berkata bahawa anak-anak mereka akan mencari jawapan mereka sendiri di laman-laman web pendidikan.

60 peratus daripada ibu-bapa yang disoal juga mengatakan bahawa mereka akan mencari jawapan di laman web secara rahsia apabila ditanya mengenai soalan-soalan yang tidak boleh dijawab.

84 peratus daripada ibu-bapa didalam soal-selidik ini juga berkata bahawa inisiatif yang diambil oleh kanak-kanak ini akan membantu proses pembelajaran mereka, walaupun terdapat diantara mereka yang risau bahawa mereka akan berasa lebih sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain.

Ini cukup menarik kerana kanak-kanak sekarang boleh dikatakan cukup berdikari apabila mencari maklumat. Walaupun begitu, kebergantungan keterlaluan pada teknologi sekarang juga boleh mendatangkan mudarat jika tidak dikawal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved