4,000 rumah mampu milik B40 untuk Sabah: Shareda

14 Jan 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kira-kira 4,000 rumah mampu milik akan dibina di Sabah bagi kategori B40 sebaik sahaja cadangan mengenainya diluluskan oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) bersetuju untuk melaksanakannya sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi melengkapi usaha kerajaan dalam menyediakan perumahan asas untuk golongan itu.

Presidennya Datuk Chua Soon Ping berkata Shareda berhasrat untuk mencadangkan pembinaan unit PPR yang akan menelan kos sekitar RM250,000 kerana Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan 60 ekar di kawasan antara 1Borneo Hypermall dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau berkata Shareda akan melibatkan pemaju besar yang berpangkalan di Sabah untuk membina unit-unit ini tanpa risiko terbengkalai.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Pada Disember lalu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri Ketua Menteri, Menteri Besar dan lima menteri selain Shareda, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

“Intinya adalah untuk membina 500,000 unit rumah PPR untuk B40 menjelang 2025 di seluruh negara, dan kami mahu melengkapi usaha murni kerajaan ini.

“Ketua Menteri kita mengumumkan pada malam Shareda lalu bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan 60 ekar untuk tujuan itu.

“Shareda akan mencadangkan untuk membina 4,000 unit dalam tempoh dua tahun dan mendapatkan pemaju besar untuk melaksanakannya,” katanya, pada majlis makan tengah hari Pesta Angpow Shareda bersama ahli perbankan dan media.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan melabur lebih RM1 bilion untuk merealisasikan cadangan ini.

“Kami bercadang membina blok empat tingkat dengan setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dalam ruang seluas 750 kaki persegi.

“Kami juga mencadangkan untuk membina 80 unit PPR seekar dan selebihnya sehingga habis. Tanah seluas 60 ekar itu adalah tapak yang baik kerana terdapat banyak pengangkutan awam yang boleh diakses, menjadikannya lebih mudah bagi penghuni.

“Kami tidak mahu membina unit-unit ini jauh dari sini seperti Kota Belud sedangkan ramai penduduk bekerja di Ibu Negeri.”

Beliau berkata, ramai golongan miskin tidak mampu membeli dan memiliki rumah di Bandaraya.

“Kita perlukan orang (kontraktor/pembekal) seperti kontraktor membekalkan simen siap bancuh supaya ada bekalan berterusan untuk membina unit.

“Jika tidak, Sabah akan menghadapi masalah logistik yang kita akan cuba elakkan,” katanya, menambah beliau menjangkakan setiap unit akan menelan kos RM250,000 kerana bahan binaan di Sabah lebih mahal.

Justeru, katanya, mereka mungkin meminta lebih banyak pembiayaan untuk memastikan sepanjang dua tahun itu, turun naik harga tidak menjejaskan margin keuntungan.

“Jadi, untuk pemaju mengalami kerugian, ini tidak boleh berlaku kerana kami adalah syarikat tersenarai awam dan perlu melapor kepada pemegang saham.

“Kami tidak boleh terlalu bertegas dengan margin keuntungan kerana kami mahu membina rumah berkualiti untuk mereka. Sekurang-kurangnya, ada pulang modal dan sedikit keuntungan, barulah kami okey.”

Chua berkata Shareda akan berusaha sedaya upaya untuk memasukkan elemen bangunan hijau seperti memasangkan sistem penuaian air hujan dan mungkin memasang panel solar.

Menjawab soalan, beliau berkata, Persekutuan kini lebih menyukai “en bloc” yang bermaksud membina semuanya dan menjual kepada mereka (Kerajaan Persekutuan).

Beliau berkata “En Bloc” bermaksud produk siap, mendapatkan OC dan kemudian diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang akan menguruskan unit-unit tersebut.