4,291 calon duduki STAM bermula esok

11 Oct 2026 • 4:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 4,291 calon duduki STAM bermula esok

PETALING JAYA: Seramai 4,291 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026 yang dijadual berlangsung mulai esok hingga 2 November ini.

Lembaga Peperiksaan (LP) berkata, sebanyak 131 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan berkenaan.

“Seramai 904 petugas peperiksaan turut dilantik bagi mengurus dan mengendalikan peperiksaan STAM tahun ini.

“Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, waktu, kod kertas dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan masing-masing.

Katanya, semua calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Katanya, LP sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana dan penularan penyakit berjangkit seperti influenza-like illness (ILI) sepanjang peperiksaan berlangsung.

Menurutnya, langkah persediaan sewajarnya telah disediakan termasuk kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan terpelihara.

“Calon dinasihatkan supaya segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terlibat atau terkesan dengan bencana.

“Calon juga boleh menghubungi bilik gerakan LP dan JPN di seluruh negara,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan STAM 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi lp.moe.gov.my.-UTUSAN

The post 4,291 calon duduki STAM bermula esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved