4,500 jemaah mohon insentif haji, MBI, negeri salur RM9 juta setakat ini

29 Jun 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

4,500 jemaah mohon insentif haji, MBI, negeri salur RM9 juta setakat ini

SHAH ALAM, 29 JUN: Hampir 4,500 jemaah dari 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor memohon Insentif Haji Muassasah setakat ini membabitkan peruntukan keseluruhan RM9 juta.

Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan berkenaan disumbangkan secara bersama oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Kerajaan Negeri.

“Dana keseluruhan ini berjumlah RM9 juta di mana RM4.5 juta daripada MBI dan RM4.5 juta lagi daripada Kerajaan Negeri,” katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah MBI-DUN Kota Anggerik 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Image from: 4,500 jemaah mohon insentif haji, MBI, negeri salur RM9 juta setakat ini
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Insentif Haji Muassasah di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 Jun 2026. Foto IJLAH MUNIRAH HASBUNALLAH/MEDIA SELANGOR

Ahmad Azri turut menggalakkan jemaah yang belum membuat permohonan supaya segera berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada 15 Julai ini.

“Jemaah yang masih berada di Tanah Suci ataupun yang baru balik dan mungkin tidak mengetahui mengenai program ini masih mempunyai masa untuk membuat permohonan,” katanya.

Beliau berkata pemohon perlu membawa surat tawaran haji serta dokumen berkaitan termasuk bukti pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika membuat permohonan.

Tahun ini, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 6,000 bakal jemaah haji muassasah menerima insentif RM1,500 seorang menerusi pelaksanaan program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM9 juta bagi program berkenaan dengan jumlah bantuan ditingkatkan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini kepada RM1,500 bagi setiap jemaah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved