4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Dakwa Dihalau Nenek, Ditinggalkan Depan Bangunan Kerajaan di Perak

Entertainment
24 Nov 2023 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang nenek tergamak menghalau cucu-cucunya yang bawah umur dari rumah, mereka ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, Perak, semalam (pada Khamis).

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Bin Hamzah berkata, pihaknya telah menerima satu laporan oleh seorang pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah kira-kira jam 5.39 petang mengenai hal tersebut.

Hafezul Helmi berkata, pengadu telah dimaklumkan oleh pengawal keselamatan mengenai 4 kanak-kanak ditinggalkan di hadapan pondok pengawal oleh seorang perempuan yang tidak dikenali kira-kira jam 10.50 pagi semalam dengan menggunakan kereta jenis Toyota.

“Pengadu memaklumkan 4 kanak-kanak terdiri daripada 3 lelaki yang berumur 11 tahun, 3 tahun dan bayi 10 bulan serta seorang perempuan berumur 6 tahun. Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun, dia menyatakan yang mereka telah dihalau dari rumah oleh nenek mereka di Kampung Kuchai.”

Jelasnya lagi, pengadu kini telah menghantar 4 kanak-kanak tersebut ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Gopeng untuk tindakan lanjut. Jelasnya pihak polis kini sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.

image is not available

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, IPD Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Bin Dzulkifli di talian 012-6477452.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.