
Setiap yang hidup pasti akan mati. Haiwan, tumbuhan dan tidak terkecuali juga manusia. Setiap manusia tidak ada yang abadi di dunia ini, sama halnya seperti ibubapa kita. Manusia yang selalu rapat dan ada di dekat kita suatu saat nanti akan menutup mata meninggalkan kita.
Maka dari itu, gunakan waktu yang ada sebaik mungkin dengan kedua ibubapa kita semasa hidup. Akan tetapi jika tidak sempat berbakti ketika mereka masih hidup maka berbaktilah ketika mereka sudah mereka sudah meninggal. Namun, sering kali banyak orang yang tidak faham bagaimana caranya untuk berbakti kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia.
Padahal hal tersebut perlu dilakukan agar kedua orangtua selalu dilindungi oleh Sang Pencipta dan diampuni segala dosa-dosanya. Sebagai anak yang tidak akan mampu membalas jasa mereka maka wajib bagi kita untuk berbakti kepada ibubapa kita. Berbagai cara dapat dilakukan untuk berbakti kepada ibubapa yang sudah meninggal dunia, namun disini disertakan 4 cara berbakti kepada ibubapa yang sudah tiada.
Berikut adalah 4 cara berbakti kepada orangtua yang telah meninggal.
1. Mendoakan ibubapa pada setiap hari
Salah satu kewajiban yang harus selalu dilakukan seorang anak, yakni mendoakan kedua orangtua baik masih ada ataupun sudah meninggal dunia. Kita bisa memohon kepada Tuhan untuk menempatkan kedua orangtua kita di tempat terbaik dan penuh perlindungan.
Pengorbanan dan jasa kedua-dua ibu bapa kita terlalu tinggi nilainya. Sejak kita berada dalam rahim ibu sehinggalah pada hari ini. Jika dibandingkan dengan balasan kita kepada pengorbanan mereka berdua, masih belum tentu sama cukup dengan pengorbanan mereka kepada kita.
Waktu untuk berdoa yang mustajab adalah pada waktu selepas solat, antara azan dan iqamah, ketika hujan dan lain-lain. Cadangan paling terbaik ialah jadikan amalan setiap hari. Kita boleh mengirimkan doa buat ibu bapa selepas menunaikan solat fardhu. Oleh itu, kita akan terus-menerus mengingati mereka setelah kita selesai solat.
Selain itu, doa buat ibu bapa boleh dijadikan sebagai sarapan sebelum kita memulakan apa-apa urusan kita pada setiap hari. Mulakan hari-hari kita dengan bacaan doa ataupun membaca al-Fatihah untuk mereka.
2. Bersedekah atas nama orangtua
Seorang anak masih bisa berbakti kepada orang tuanya walaupun mereka sudah tidak lagi di dunia ini. Salah satunya adalah sedekah atas nama orang tua yang sudah meninggal.
Apabila seorang muslim meninggal dunia, terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara. Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang saleh yang mendoakannya."
Salah satu cara berbakti kepada kedua orang tua yang sudah meninggal adalah dengan bersedekah atas nama keduanya.
Sedekah itu akan sampai kepada orang tua yang sudah meninggal dunia dalam bentuk cahaya yang luar biasa dahsyatnya. Selain itu, sedekah yang diberikan oleh anak saleh yang berbakti kepada orang tuanya yang sudah meninggal bisa berguna untuk mengangkat dan mengganti kesusahan mereka dengan rahmat Allah SWT.
Allah SWT akan mengganti tempat mereka yang gelap menjadi tempat yang makmur dengan cahaya karena berkah dari sedekah yang sudah dikeluarkan oleh anaknya di dunia.
3. Melunaskan hutang kedua ibubapa
Seringkali kita mendengar hutang dibawa sampai ke mati? Kerana itulah wajib bagi kita untuk segera melunaskan hutang- hutang yang pernah dilakukan oleh ibubapa kita semasa hidup. Hal ini juga bisa menjadi bakti kepada ibubapa kita untuk melapangkan jalannya ke akhirat.
Sekiranya seseorangh meninggal dunia dan tidak sempat melunaskan hutangnya, maka hutang tersebut mestilah dilunaskan oleh waris dan ahli keluarganya. Hutang tersebut wajib ditanggung oleh ahli keluarga arwah. Arwah tidak akan terlepas daripada belenggu hutang melainkan pihak yang memberikan hutang itu menghalalkannya.
Selain daripada itu, hutang juga melibatkan dengan tuntutan agama seperti hutang zakat, hutang haji, hutang kifarah, hutang nazar dan sebagainya. Contohnya, sekiranya arwah tidak membayar zakat harta sepanjang hayatnya, maka wajib dikeluarkan zakat sebelum harta arwah tersebut dibahagikan kepada waris yang berhak mendapatkannya.
Sebagai anak yang baik dan ingin berbakti kepada ibubapa maka langsaikanlah hutang- hutang ibubapa kita supaya memudahkan mereka di akhirat nanti.
4. Menjaga nama baik ibubapa
Sebagai bentuk bakti, tentu saja seorang anak perlu tetap menjaga nama baik ibubapa yang sudah meninggal dunia. Caranya adalah dengan tidak membeberkan aib yang dimiliki oleh ibubapa kita semasa mereka masih hidup. Selain itu, sebagai anak yang berbakti anak juga dapat menjaga rahsia ibubapa agar nama baik mereka tetap terjaga meskipun telah meninggal dunia. Selain itu, usahakanlah jangan sampai timbul fitnah pada orangtua yang telah tiada.
Itulah beberapa cara berbakti kepada ibubapa kita yang telah tiada. Semoga informasi ini bermanfaat dan dapat membantu siapa saja yang telah ditinggal, sehingga boleh terus berbakti kepada ibubapa kita walaupun mereka sudah tiada.
Afiqah Bakri adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

![Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)

