
KOTA BELUD: Empat daripada lima mangsa cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap pokok yang tumbang di Jalan Rosok Bengkahak di sini, Jumaat.
Difahamkan, kejadian yang disedari orang awam itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.
AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.44 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan terdapat lima mangsa yang terlibat dan dihantar oleh orang awam ke hospital Kota Belud sebelum ketibaan pihak bomba.
“Serang mangsa iaitu pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan manakala empat yang cedera menjalani rawatan di hospital Kota Belud,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, pasukan bomba dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudiannya memotong pokok tumbang terbabit dengan menggunakan gergaji berantai.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.11 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain,” katanya.




