Detik Cemas Kejadian Pokok Tumbang Hempap Pelancong Di Monkey Forest

12 Dec 2024 • 11:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Detik Cemas Kejadian Pokok Tumbang Hempap Pelancong Di Monkey Forest

Baru-baru ini, dua individu dilaporkan maut dalam insiden pokok tumbang yang menghempap mereka di kawasan tarikan pelancongan Monkey Forest, Ubud, Gianyar, Bali, pada Selasa.

Kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 12.25 tengah hari itu turut mengakibatkan seorang lagi pelancong cedera.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik pokok besar itu tumbang di kawasan ‘sanctuary’, mengejutkan pelawat yang berada di situ.

https://www.instagram.com/reel/DDZLk5gSlnl/?utm_source=ig_embed&ig_rid=08152f90-f78d-4d7a-bc15-05baab3f37b6

Dalam satu lagi rakaman CCTV, sekumpulan pelancong kelihatan berlari menyelamatkan diri sebelum pokok itu jatuh, namun beberapa individu sempat terkena dahan yang patah.

https://www.instagram.com/reel/DDZN43kyy9l/?utm_source=ig_embed&ig_rid=284b19b5-369f-4de0-84c4-2a178cdfb562

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Gianyar, Penolong Komisioner Gananta, mengesahkan mangsa yang terkorban masing-masing adalah pelancong warga Perancis dan Korea Selatan.

“Mangsa maut telah dibawa ke Hospital Kenak Medikal Ubud menggunakan ambulans, manakala pelancong yang cedera menerima rawatan di klinik berhampiran Monkey Forest,” kata Gananta.

Kini, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pokok itu tumbang. Operasi pembersihan kawasan kejadian turut melibatkan kerjasama daripada Agensi Mitigasi Bencana Daerah Gianyar (BPBD).

“Setakat ini, lokasi kejadian ditutup sementara bagi memudahkan siasatan dan memastikan keselamatan pelawat lain,” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Bali, Komisioner Kanan Jansen Avitus Panjaitan, mengingatkan penduduk tempatan dan pelancong untuk lebih berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Bali, yang kini dilanda hujan lebat serta angin kencang.

“Kami menyarankan orang ramai mengurangkan aktiviti luar yang tidak penting, terutama ketika hujan. Jika perlu, cari tempat berlindung yang selamat,” katanya.

Sebelum ini, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Bali (BMKG) telah mengeluarkan amaran berhubung bencana hidrometeorologi basah akibat cuaca ekstrem yang dijangka berlanjutan dari minggu ketiga Disember 2024 hingga minggu keempat Januari 2025.

Sumber: Mothership