4 juta data pengguna U Mobile didakwa bocor dan dijual dalam talian

Technology
17 Jul 2024 • 6:19 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memaklumkan yang mereka sedang menyiasat dakwaan terdapat kebocran maklumat sensitif daripada pengkalan data U Mobile. Berdasarkan maklumat yang diutuskan di satu forum dalam talian, pengutus menawarkan 4 juta entri pengguna U Mobile pada nilai USD 5,000 dalam bentuk Bitcoin.

image is not available

Menurut tangkap layar, pengguna yang mengutuskan tawaran tersebut baru sahaja mewujudkan akaun dalam forum tersebut dalam bulan Julai 2024 dan hanya mempunyai 3 utusan dan 2 bebenang di sana. Tambahan pula, daripada percubaan rawak, 10 nombor telefon yang disenaraikan dalam sampel data, semuanya tidak mempunyai akaun WhatsApp. Agak pelik dalam tahun 2024 ini, masih ada nombor telefon yang tidak menggunakan WhatsApp kecualilah ia nombor telefon pakai buang.

image is not available

Buat pengetahuan anda, laman yang sama juga pernah melaporkan tentang pencerobohan pada portal PERKESO dalam bulan Disember 2023 lalu. Pada ketika itu, portal Pertuhuban Keselamatan Sosial telah berhenti beroperasi selama beberapa hari.

Sumber: TheStar

Bacaan berkaitan