4 kawasan di Sarawak IPU tahap bahaya, Serian hampiri 500

LocalEnvironment
31 Aug 2026 • 1:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Empat lokasi di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap melebihi bahaya dengan Serian merekodkan bacaan 475, pagi ini.

Selain Serian, tiga lagi kawasan dengan bacaan IPU pada tahap melebihi bahaya adalah Samarahan dengan bacaan 333, Sri Aman (331) dan Kuching (331).

Berdasarkan kemaskini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat tiga lagi kawasan mencatatkan tahap sangat tidak sihat iaitu Sarikei dengan bacaan 275, Sibu (220) dan Mukah (216).

Setakat jam 11 pagi ini, 14 lagi kawasan di Sarawak, Kedah, Labuan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah turut mencatatkan bacaan tidak sihat.

Di Sarawak, kawasan menunjukkan bacaan tidak sihat melibatkan Samalaju pada bacaan 180, Miri (171), ILP Miri (169), Kapit (164), Limbang (161) dan Bintulu (161).

Di Kedah melibatkan kawasan Sungai Petani yang mencatatkan kualiti udara 157, di Labuan pula bacaan menunjukkan pada tahap 157 manakala di Perak iaitu Taiping (150).

Di Pulau Pinang kawasan terlibat adalah Seberang Jaya (156), Seberang Perai (155) dan Minden (153).

Di Sabah melibatkan dua kawasan iaitu Tawau (153) dan Politeknik Kota Kinabalu (114). – UTUSAN

The post 4 kawasan di Sarawak IPU tahap bahaya, Serian hampiri 500 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved