4 lelaki baling bom petrol ke penempatan Rohingya dituduh esok

28 Oct 2026 • 5:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 lelaki baling bom petrol ke penempatan Rohingya dituduh esok

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes membaling molotov ke kawasan penempatan Rohingya di Kulai Besar, Kulai pada 13 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan ke atas dua lelaki yang dibuat pada 20 Oktober lalu itu menjadikan keseluruhan seramai 15 individu ditahan berhubung kes tersebut.

Beliau berkata, dua suspek berusia 27 dan 28 tahun yang diberkas di sekitar Johor Bahru direman sehingga Jumaat ini.

“Semakan mendapati seorang daripada mereka memiliki 10 rekod jenayah dan dadah. Ujian saringan awal air kencing ke atas mereka pula didapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan yang dilengkapkan kemudian dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor untuk arahan selanjutnya.

Katanya, empat daripada mereka akan dituduh di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan di Mahkamah Sesyen di sini esok.

“Seramai 11 lagi suspek pula akan dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post 4 lelaki baling bom petrol ke penempatan Rohingya dituduh esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved