4 Orang Pelajar Tahfiz Yang Hilang Sejak Selasa Telah Ditemui, Namun Ada Kesan Kecederaan Pada Tubuh

LocalPolitics
12 Oct 2024 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan tentang empat orang pelajar di sebuah pusat tahfiz yang hilang selepas mereka keluar dari pusat tersebut.

Keempat-empat mereka akhirnya telah ditemui oleh orang awam pada tengah malam kelmarin dan ketika ditemui, mereka sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi, Kajang.

Selepas ditemui, mereka telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan, lapor Sinar Harian.

image is not available

Hasil pemeriksaan kesihatan pula telah menemui kesan kecederaan pada tubuh mereka.

Kesan kecederaan itu disyaki terjadi akibat penderaan, lapor Berita Harian.

Selain itu, mereka juga mendakwa turut menjadi mangsa seksual.

Difahamkan, pelajar pusat tahfiz itu tidak tahan menjadi mangsa buli, dan kerana itulah mereka dikatakan telah melarikan diri daripada dari pusat tahfiz berkenaan.

Menurut Datuk Rusdi Mohd Isa iaitu Ketua Polis Kuala Lumpur, menerusi pemeriksaan kesihatan yang dijalani oleh mangsa-mangsa, beberapa kesan kecederaan baru dan lama telah ditemui pada badan mereka.

Untuk membantu siasatan, eterangan daripada pihak pengurusan tahfiz juga telah dirakam.

Walau bagaimanapun, menurut pihak polis, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak mereka, jadi ada beberapa perkara yang masih belum dapat didedahkan kepada umum.

Namun, pihak polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes buli terhadap mangsa-mangsa tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.