4 Pelan Maxis Kini Dinaiktaraf Dengan Kuota Tanpa Had

TechnologyDigital
11 Oct 2024 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan Mac lepas, Maxis telah menaiktaraf pelan Maxis Postpaid Share 48 dengan kuota 50GB berbanding 20GB. Baru-baru ini, lima pelan Maxis lain turut akan dinaiktaraf dengan 4 daripadanya bakal menerima kuota tanpa had.

image is not available

Tawaran naik taraf ini akan ditawarkan kepada semua pelanggan pelan pascabayar secara berperingkat bermula 9 Oktober lepas sehingga 5 November. Sementara untuk pelanggan baharu, akan terus menikmati kuota baharu ini serta merta dalam tempoh tawaran dari 9 Oktober 2024 sehingga 16 Januari 2025.

Maxis Postpaid 7980GB (4G/5G) + 80GB (5G sahaja)300GB (4G/5G)
Maxis Postpaid 109100GB (4G/5G) + 200GB (5G sahaja)Data tanpa had (4G/5G)*
Maxis Postpaid 139120GB (4G/5G) + 360GB (5G sahaja)Data tanpa had (4G/5G)*
Maxis Postpaid 169150GB (4G/5G) + 600GB (5G sahaja)Data tanpa had (4G/5G)*
Maxis Postpaid 199200GB (4G/5G) + 1000GB (5G sahaja)Data tanpa had (4G/5G)*

Untuk pelan Maxis Postpaid 79 anda kini akan menerima kuota sebanyak 300GB. Sementara pelan Maxis Postpaid 109, Maxis Postpaid 139, Maxis Postpaid 169, dan Maxis Postpaid 199 akan menjadi kuota tanpa had. Lebih menarik, Maxis tidak lagi mengasingkan kuota 4G dan 5G kerana semua kuota kini boleh diakses untuk mana-mana rangkaian. Maxis turut tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan untuk semua pelan dan mereka yang menggunakan pelan Maxis Postpaid 79 akan menerima kuota penuh 300GB.

image is not available

Dukacita dimaklumkan untuk pelanggan pelan Maxis Postpaid 98, disebabkan pelan ini tidak lagi ditawarkan – kuota sedia ada anda tidak akan dinaiktaraf dan anda dikehendaki tukar ke mana-mana lima pelan ini untuk menikmati tawaran baharu ini.