4 Sekawan Geli Dengan Lelaki ‘Bodoh English’ Hantar Mesej Perpisahan

13 Jul 2023 • 2:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Empat sekawan ‘terpaling pandai English’, menyindir mesej lelaki yang ‘bodoh Englsih’

4 Sekawan Geli Dengan Lelaki Bodoh English Hantar Mesej Perpisahan. Terbaharu, ramai kurang senang dengan video tular yang menunjukkan sekumpulan wanita mentertawakan kesalahan tatabahasa seorang lelaki.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, salah seorang daripada mereka membaca nota perpisahan yang ditulis seorang lelaki dipercayai bekas teman lelaki rakannya.

image is not available
Sumber: mstar

Dalam nada sarkastik, wanita itu membaca kuat mesej yang ditulis dalam bahasa ‘rojak’ dengan nada menyindir yang disambut gelak tawa rakan-rakan lain.

Difahamkan, video TikTok itu menjadi viral selepas dikongsi semula oleh seorang individu menerusi laman Twitter, pada Selasa lalu.

Oleh kerana segelintir masyarakat seperti mereka, ramai yang takut berbahasa Inggeris

Individu yang memuat naik video itu mengatakan bahawa disebabkan sikap segelintir masyarakat seperti kumpulan wanita ‘terpaling pandai English’ itu, ramai yang takut dan malu untuk berbahasa Inggeris.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut menyifatkan tindakan empat wanita itu sangat biadab, malah merendah-rendahkan individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Baca juga artikel yang berkaitan: