4 sekeluarga terselamat kereta rempuh rumah

LocalHealth & Fitness
23 Sep 2024 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Empat sekeluarga terselamat, namun, dua cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah rumah di Kg Beruang, Jalan Haji Matahir, petang Ahad.

Insiden itu berlaku selepas pemandu mengelak dari bertembung dengan kenderaan lain, Perodua Alza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Rastam Keladi berkata, mangsa cedera adalah seorang wanita, 49, dan seorang kanak-kanak lelaki, enam tahun.

Berdasarkan keterangan saksi, Rastam berkata kedua-dua kenderaan dipercayai hampir bertembung dan masing-masing cuba mengelak lalu merempuh rumah tersebut, yang rosak teruk.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Katanya, sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian pada jarak 32 kilometer (km) selepas menerima panggilan kecemasan jam 5.02 petang.

“Pasukan yang tiba di lokasi pada jam 5.29 petang segera mengeluarkan mangsa terlibat dan memberikan rawatan awal.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan jam 5.47 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.