4 tahun di Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman kini bebas

LocalEntertainment
3 Sep 2026 • 7:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 tahun di Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman kini bebas

PETALING JAYA – Penantian empat tahun terlerai apabila penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga selepas menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Berita gembira tersebut dikongsikan sahabat juga bekas anggota kumpulan Brothers, Akbar Azmi menerusi hantaran dalam laman sosial Threads, malam tadi.

Menurut Akbar, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, dalam perjalanan pulang selepas dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih empat tahun, Yasin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Yasin Brothers sudah dibenarkan pulang dari hospital.

“Ya Allah, lama itu. Anak pun sudah besar. Alhamdulillah, sepatutnya 30 tahun dan pernah disabitkan untuk duduk dalam penjara.

“Ini semua kuasa Allah SWT, Yasin dapat lepas hari ini,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Akbar turut memaklumkan sudah menghubungi Yasin bagi mengetahui keadaan terkininya.

“Saya telefon dia tadi, dia dalam perjalanan, dekat Tapah. Nanti tunggu ‘update’ terbaru saya bersama beliau nanti. Insya-Allah. Kami sangat gembira,” ujarnya.

Terdahulu, pada 28 April tahun lalu, Yasin dilaporkan dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Rayuan, namun diperintahkan ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

Keputusan dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir dikemukakan komposer terbabit.

Mahkamah Rayuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah. – KOSMO! ONLINE

The post 4 tahun di Hospital Bahagia, Yasin Sulaiman kini bebas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved