4 tahun tidak divaksin, meninggal dunia?

Health & Fitness
2 Sep 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: 4 tahun tidak divaksin, meninggal dunia?
Gambar: Public Health M'sia

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun meninggal dunia di Palermo, Itali akibat disyaki difteria.

Dia tidak pernah menerima vaksin difteria.

Ibu bapanya memilih untuk tidak memberi vaksin kerana percaya vaksin boleh menyebabkan autism.

Kepercayaan itu tidak disokong bukti saintifik.

Yang lebih menyedihkan, sepupunya yang berusia 4 tahun turut dijangkiti dan mengalami simptom yang hampir sama.

Bezanya, sepupunya telah menerima vaksin.

Dia dimasukkan ke hospital tetapi dilaporkan tidak berada dalam keadaan serius.

Difteria bukan sekadar sakit tekak.

Bakteria ini boleh menghasilkan toksin yang merosakkan jantung, saraf dan organ lain. Dalam kes yang teruk, pesakit boleh mengalami kegagalan pernafasan dan meninggal dunia.

Kita mungkin jarang mendengar tentang difteria hari ini bukan kerana penyakit ini sudah hilang.

Kita jarang mendengarnya kerana vaksin telah berjaya mengawalnya.

Dan Malaysia juga bukan terkecuali.

Sehingga Minggu Epidemiologi 12/2026, KKM melaporkan dua kematian difteria di Malaysia — seorang kanak-kanak 10 tahun di Johor Bahru dan seorang bayi 12 bulan di Tawau.

Kedua-duanya tidak mempunyai sejarah pengambilan vaksin.

Kadang-kadang kejayaan vaksin sendiri membuatkan kita lupa betapa bahayanya penyakit yang dicegah olehnya.

Apabila coverage vaksin jatuh, penyakit lama boleh kembali.

Difteria tidak peduli sama ada kita percaya kepadanya atau tidak.

Vaksin bukan menyebabkan autism.

Tetapi penyakit cegahan vaksin masih boleh menyebabkan kematian.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved