4 teras utama rapatkan jurang

27 Nov 2022 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Negeri berhasrat untuk mewujudkan wilayah seimbang dengan mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar di seluruh negeri melalui penekanan kepada empat teras utama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Antaranya, katanya, ialah mentransformasikan penyampaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mempertingkat dan mengekalkan sektor pembangunan perumahan, perancangan pembangunan guna tanah yang mampan dan sistematik; dan memperkukuh fungsi dan peranan Mahkamah Anak Negeri.

Justeru, pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM204 juta kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) untuk operasi dan penerusan projek sedia ada, selain melaksanakan pelbagai projek baharu seperti menaik taraf pasar, tapak tamu dan gerai di sekitar Pekan Beaufort, Membakut, Weston serta Keningau; membangunkan tembok laut di Sandakan; Taman Tasik Beaufort; dan tapak pelupusan sisa di Kuala Penyu dan Kinabatangan.