
PETALING JAYA – Ratusan etnik Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua warga Rohingya itu akan menjalani proses dokumentasi dan pengesahan Identiti.
Difahamkan, operasi pemindahan bermula kira-kira pukul 8.20 malam tadi menggunakan empat trak polis.
Keadaan itu berikutan kebanyakan pelarian terbabit membawa bersama bagasi serta barangan peribadi dan kesemua warga asing berkenaan akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai kira-kira 200 etnik Rohingya yang menetap di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara dipercayai telah dipindahkan dari kawasan itu, mulai petang semalam.
Kesemua mereka terdiri lelaki dan wanita dewasa termasuk warga emas, remaja, kanak-kanak dan bayi itu dibawa menggunakan empat buah bas persiaran bermula pukul 5 petang hingga 10 malam tadi. – KOSMO! ONLINE
The post 4 trak polis bawa ratusan Rohingya ke IPK Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Digital.






