Ratusan Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan UNHCR Dipindahkan Ke IPK KL - Polis

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 11:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ratusan Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan UNHCR Dipindahkan Ke IPK KL - Polis

Ratusan Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan UNHCR Dipindahkan Ke IPK KL - Polis

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini, dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama mengesahkan pemindahan kesemua warga asing terbabit dilakukan malam ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati operasi pemindahan bermula 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian tersebut turut membawa bagasi dan barangan peribadi.

Difahamkan, kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka terlibat dalam penyelarasan kes berkenaan esok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian.

Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sah akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.

Baca juga:

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.

Anwar berkata agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved