4 Warga Emas Maut, Kereta Bertembung Treler Di Trong

25 Feb 2023 • 7:04 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kemalangan melibatkan treler bertembung dengan kereta yang mengakibatkan empat orang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian. - Gambar Bernama

IPOH - Empat warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka, bertembung dengan sebuah treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong dekat sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Trong Mohd Shahidan Hassan berkata mangsa yang terlibat dikenali  sebagai Ng Swee Ho, 67, Ng Ah Mooi, 63, Chew Yang Kim, 77 dan Kor Siok Har, 64.

“Menerima panggilan kecemasan pada 5.30 petang. Ia melibatkan treler bertembung dengan kereta yang mengakibatkan empat orang mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala pemandu treler didapati selamat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata anggota bomba telah diarahkan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan unit kuasa dan alatan kecemasan seperti pemotong dan spreader.

Kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved