40,000 pindah, api besar menuju bandar Amerika

WorldEnvironment
24 Aug 2026 • 11:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 40,000 pindah, api besar menuju bandar Amerika

WASHINGTON – Pihak berkuasa negeri Nevada di barat Amerika Syarikat (AS) menggesa penduduk berpindah dari rumah mereka semalam ketika kebakaran hutan yang marak  ditiup angin menghampiri bandar Reno.

“Kira-kira 42,000 orang telah berpindah dan 45,000 lagi telah diberitahu untuk bersiap sedia  berpindah,” kata Datuk Bandar Reno,  Hillary Schieve kepada saluran berita CNN.

Dinamakan Kebakaran Hawk, api berusia sehari itu  marak dan memusnahkan 6,087 hektar kawasan setakat petang semalam, di sepanjang laluan 8 kilometer ke barat  laut Reno, bandar  dengan populasi  280,000 penduduk, demikian menurut data banci 2025.

Kebakaran itu turut  memusnahkan beberapa rumah di puncak gunung dan mencederakan enam orang, termasuk tiga anggota penyelamat, lapor media tempatan.

Kebakaran Hawk menunjukkan ‘tingkah laku kebakaran yang ekstrem’,  demikian menurut laman web kerajaan AS yang menjejaki aktiviti kebakaran, InciWeb

Gambar-gambar dimuat naik di platform X oleh perkhidmatan bomba tempatan menunjukkan api marak dan  kepulan asap tebal di atas gunung-ganang menghadap bandar tersebut.

Gabenor Nevada, Joe Lombardo mengisytiharkan darurat  kebakaran di Washoe County, tempat di mana Reno terletak. – AFP

 

The post 40,000 pindah, api besar menuju bandar Amerika appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved