40,476 rakyat Palestin terkorban, 93,647 lagi cedera akibat serangan Israel

28 Aug 2024 • 9:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GAZA, 28 OGOS: Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, mengakibatkan 41 rakyat Palestin terkorban dan mencederakan 113 yang lain, menurut sumber perubatan.

Mereka mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 40,476 orang dengan tambahan 93,647 individu cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

– BERNAMA-WAFA