40 Kereta, Motosikal Terbakar, Mujur Tiada Yang Rentung

LocalCars
25 Aug 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lebih 40 kenderaan termasuk motosikal hangus dalam kebakaran sebuah bengkel tayar di Seksyen 24, Shah Alam, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seorang lelaki tempatan yang juga pekerja bengkel berusia 30-an cedera ringan.

"Premis berkenaan terbakar 90 peratus menyebabkan 37 kereta serta tujuh motosikal musnah," katanya.

image is not availableimage is not available

Mujur, tiada mangsa dalam bangunan ketika kebakaran dan hanya seorang pekerja bengkel melecur di tangan kerana ingin mengalihkan kenderaan.

"Kebakaran dikawal pada jam 12.26 tengah malam dan operasi tamat pada jam 2.31 pagi tadi," katanya.