Bengkel terbakar, 37 kereta dan tujuh motosikal musnah

25 Aug 2025 • 12:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sebanyak 37 kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Seksyen 24 di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jawatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.31 dan seramai 21 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan lori tangki dari Balai Bomba Shah Alam dan Jelutong, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A yang dijadikan bengkel kenderaan berkeluasan 50x100 kaki persegi, dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur bangunan tersebut.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa di dalam bangunan kecuali seorang pekerja bengkel telah melecur di tangan disebabkan ingin mengalih kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Status mangsa stabil dan telah di bawa ke hospital oleh pihak keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved