40 pelajar Sabah bakal terima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah esok

31 Jul 2023 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 40 pelajar berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan akan menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS), pengiktirafan tertinggi dalam pendidikan di negeri ini.

Anugerah ABCNS siri ke-34 tersebut akan disampaikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Selasa di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, ABCNS merupakan anugerah berprestij yang diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tegasnya, ABCNS adalah penggerak kepada pelajar untuk mencapai kejayaan akademik yang lebih tinggi.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Kumpulan Yayasan Sabah, katanya, menggesa pelajar untuk mengambil peluang agar belajar dengan tekun dan cemerlang dalam pendidikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan di pasaran.

“Kepada semua penerima, gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Pelajar ini merupakan insan terpilih dalam kalangan ribuan pelajar di negeri ini.

“Saya berharap mereka akan terus bekerja keras untuk berkembang menjadi individu yang serba lengkap dan mampu memenuhi keperluan pasaran semasa.

“Justeru, saya percaya anugerah tersebut akan menjadi pendorong untuk melahirkan bukan sahaja pelajar cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga individu bertanggungjawab yang menyumbang secara positif kepada masyarakat,” kata beliau.

Pada masa ini, seramai 484 penerima ABCNS telah menamatkan pengajian mereka, manakala 213 lagi masih belajar.

“Pada tahun ini, seramai 40 pelajar lagi akan menerima anugerah ini. Penerima akan mengikuti pelbagai kursus dan bidang pengajian selaras dengan prospek kerjaya peribadi dan ekonomi berasaskan pengetahuan,” tambahnya.

Sejak penubuhannya hampir 60 tahun lalu, Kumpulan Yayasan Sabah merealisasikan misinya dalam meningkatkan kualiti kehidupam rakyat Malaysia di negeri ini.

Sejak itu, ia ergerak ke hadapan dan kekal teguh, menokok tambah usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam membangunkan negeri ini, khususnya dalam aspek pendidikan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.