40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

2 Feb 2026 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, pagi Isnin. Foto media sosial
image is not available
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Foto media sosial

TAWAU - Kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, di sini pagi Isnin.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Moilley Milin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.15 pagi dan tiga jentera tiba di lokasi kejadian pada jam 10.23 pagi.

"Pihak bomba menggunakan sumber air terbuka serta melalui tanker air bomba bagi proses pemadaman, dan operasi terkawal pada jam 12.03 tengah hari," katanya kepada pemberita, pada Isnin.

**media[3421451]**

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, seorang mangsa kebakaran, Saparida Ambuolo yang berusia lingkungan 60-an berkata, ketika itu dia sedang menunai solat sunat dhuha pada jam 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.

"Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat," katanya.

Saparida Ambuolo juga reda dengan ujian itu ketika menjelang Ramadan, dan tiada lagi persiapan untuk menyambut bulan mulia itu. - Bernama