40 Sen Setiap Mililiter, Cukai Cecair Vape Berkuatkuasa Semalam

LocalPolitics
2 Apr 2023 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berhubung dengan pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan cukai terhadap produk vape dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan melaksanakan cukai cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) berkuatkuasa semalam (1 April 2023).

image is not available

Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan mereka kini sedang dalam proses untuk mengecualikan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.

image is not available

Menteri Kesihatan, YB Dr. Zaliha bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.