40 Tahun Kahwin, Dapat Bunga Pun Masih ‘Excited’ – Netizen Kata Cinta Orang Lama Paling Sweet

10 Feb 2026 • 7:36 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Gelagat comel sepasang suami isteri yang sudah 40 tahun mendirikan rumah tangga baru-baru ini mencuri perhatian ramai di TikTok.

Menerusi perkongsian Fathiah Badawi, dia memuat naik momen bapanya menghadiahkan sejambak bunga kepada ibunya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Apa yang paling mencuit hati, reaksi si ibu yang jelas terkejut dan teruja sebaik menerima bunga tersebut. Walaupun sudah berpuluh tahun hidup bersama, wajahnya tetap nampak ‘excited’ seperti pasangan yang baru bercinta.

Fathiah turut berkongsi ucapan ringkas buat ibu bapanya selain berseloroh mengatakan kedai bunga tersebut pernah menjadi tempat dia membeli bunga segar untuk majlis perkahwinannya satu ketika dulu, malah sudah hampir 10 tahun tidak singgah ke situ. Dia turut menitipkan doa agar kedua-duanya sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT.

Momen ringkas tetapi penuh makna itu membuatkan ramai netizen tersenyum sendiri melihat kemanisan pasangan berkenaan.

“Cinta orang lama memang lain macam”

Perkongsian tersebut kemudian dimuat naik semula di Threads oleh sebuah akaun media sosial dengan kapsyen menyifatkan, walaupun 40 tahun berkahwin, si isteri masih ‘ternganga’ gembira bila menerima bunga, sekali gus membuktikan cinta orang lama memang susah nak lawan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan tersentuh dengan gelagat mereka. Ada yang berpendapat, selepas empat dekad pun masih boleh rasa berdebar terima bunga, menunjukkan kasih sayang itu masih utuh seperti dulu.

Malah, ada yang berkata sebenarnya nak bahagiakan wanita bukan susah pun, perkara kecil seperti bunga pun dah cukup buat hati berbunga. Dalam masa sama, ramai terhibur melihat si pakcik yang nampak bersungguh-sungguh dan laju memberi bunga, sebelum si isteri tersipu-sipu malu. Ada juga netizen mengaku mereka pun sekali ‘happy’ dan tersenyum tengok momen sweet pasangan tersebut.

Jelas, kebahagiaan rumah tangga bukan tentang hadiah mahal atau sambutan besar-besaran, sebaliknya perhatian kecil yang konsisten itulah yang paling bermakna.

Pendek kata, cinta orang lama mungkin nampak sederhana, tapi kemanisannya tetap terasa, tengok sekali pun boleh buat orang lain ikut rasa gembira. – The Malaysian Update

The post 40 Tahun Kahwin, Dapat Bunga Pun Masih ‘Excited’ – Netizen Kata Cinta Orang Lama Paling Sweet appeared first on The Malaysian Update.