Kota Kinabalu: Polis menahan tiga lelaki tempatan dan merampas 41.6 kilogram syabu bernilai kira-kira RM1.32 juta dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid pada Khamis lalu (28 Ogos).
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata serbuan pertama pada jam 8.15 pagi di sebuah stesen minyak di Kampung Kilimu, Ranau, membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 31 tahun.
“Hasil pemeriksaan sebuah kenderaan menemukan 20 bungkus plastik teh Cina jenama Alishan Xin Juan Tea, disyaki mengandungi syabu seberat 21.3kg, dianggarkan bernilai RM681,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, Selasa.
Pasukan polis lain kemudian menahan sebuah lagi kenderaan di pekarangan Masjid Telupid pada jam 9.20 pagi, membawa kepada penangkapan dua lelaki berusia antara 21 hingga 24 tahun.
“Hasil pemeriksaan menemui 20 bungkus teh Cina berisi syabu seberat 20.33kg bernilai kira-kira RM650,000,” kata Jauteh.
Beliau berkata jumlah rampasan itu mampu membekalkan 160,000 penagih untuk sekali guna.
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bertindak sebagai ‘runner’ sebuah sindiket dadah, membawa bekalan dari Kota Kinabalu ke daerah pantai timur Tawau dan Semporna dengan bayaran RM1,000 sekilogram.
“Kami percaya bekalan dadah itu dibawa masuk dari Semenanjung Malaysia melalui udara sebelum dihantar ke Kota Kinabalu untuk diedarkan di Sabah,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki Suluk ditahan di Kunak pada 14 Ogos, membawa kepada rampasan aset bernilai RM2.18 juta.
Antara yang dirampas termasuk wang tunai RM354,540, 16 kereta, sebuah lori, dua motosikal, jam tangan Rolex, barang kemas emas, beg tangan berjenama serta pelbagai barangan mewah lain.
Jauteh berkata suspek merupakan pesalah berulang yang pernah ditahan di PPA Simpang Renggam dari 2016 hingga 2018 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
“Dia aktif mengedar dadah di sekitar Kota Kinabalu dan pantai timur. Ini adalah rampasan aset terbesar setakat tahun ini,” katanya.
Setakat ini, 33 pengedar sudah ditahan di Sabah di bawah akta berkenaan.
“Dadah adalah musuh No. 1 negara dan polis tidak akan berkompromi,” tegasnya.
Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN di 012-2087222.