41 Orang Ditahan, Polis Serbu Pusat Judi Online Di Kuching

11 Jan 2025 • 4:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang warga tempatan dan 40 warga asing ditahan

41 Orang Ditahan, Polis Serbu Pusat Judi Online Di Kuching. Dilaporkan, serbuan polis di sebuah premis di Jalan Kepayang pada Khamis lepas berjaya membawa kepada penahanan 40 warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 31 tahun, dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian.

Ketua Polis Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata serbuan itu turut menemui pelbagai peralatan yang digunakan sindiket tersebut, termasuk 19 komputer meja, 17 komputer riba, dan 28 telefon bimbit pelbagai jenama.

image is not available
41 Orang Ditahan, Polis Serbu Pusat Judi Online Di Kuching. Sumber gambar: The Borneo Post

Beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambah beliau, warga asing yang ditahan juga sedang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Polis telah mendapatkan perintah reman selama tiga hari hingga 13 Januari untuk suspek tempatan, manakala 40 warga asing tersebut akan ditahan selama 14 hari hingga 22 Januari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

image is not available
Sumber gambar: Berita Harian

Maklumat daripada orang awam

Mohd Farhan turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas maklumat yang membantu kejayaan operasi ini.

“Kami komited untuk terus memerangi kegiatan perjudian dalam talian haram. Orang ramai digesa untuk menghubungi Pusat Kawalan Kuching di talian 082-244 444 atau ASP Christ Olsen Ramlee di 013-8607572 untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan,” tambahnya.

Kerjasama anda amat dihargai untuk memastikan bandar kita bebas daripada kegiatan haram seperti ini!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: