
SEMPORNA: Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan merampas 800 liter petrol di sini, pada Khamis.
Komander Polis Marin Wilayah Empat Sabah ACP Nazri Ibrahim berkata, kira-kira jam 2.50 petang, pasukan Marin menahan dan memeriksa sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh lelaki terbabit.
Advertisement“Hasil pemeriksaan, pasukan mendapati terdapat 32 tong jerikin yang masing-masing mengandungi 25 liter petrol di bahagian belakang 4WD itu.
“Pemandu gagal mengemukakan permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya, sambil menambah, pemandu dan kenderaan terbabit dibawa ke pangkalan Marin Semporna untuk tindakan lanjut.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kes itu, katanya, akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sementara itu, Nazri mengingatkan orang awam agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pelaku.

