421 geran tanah anak negeri untuk penduduk Tongod

24 Sep 2023 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kerajaan Negeri menyerahkan sebanyak 421 geran tanah anak negeri kepada penduduk daripada 15 buah kampung dalam daerah Tongod melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar (1953.15 ekar).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu semasa lawatan kerjanya ke Tongod pada Sabtu.

Katanya, antara kampung-kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94), Kampung Kironggu (55), Kampung Kotodon (43) dan Kampung Alitang (37).

Menurutnya, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) dan baki 78 geran adalah dari proses permohonan tanah biasa.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada 4 buah kampung, melibatkan Kampung Tampasuk seluas 191.214 ekar, Kampung Imbak (17.915 ekar), Kampung Linayukan (39.119 ekar) dan Kampung Namukon (10.00 ekar).

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tongod, Datuk Masiung Banah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Datuk Bernard Liew, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk dan pemimpin masyarakat setempat.

Terdahulu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek itu.

Beliau diberi taklimat projek pembinaan bangunan MKN itu oleh Nelson.

Projek bernilai RM5,101,390 itu dimulakan pembinaan pada Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2024.

Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan Mahkamah Anak Negeri Daerah Tongod kepada Ketua Daerah Tongod, OKK Jusison Saidin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.