43 individu dipercayai serang pusat hiburan diberkas

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 11:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sekumpulan individu bertopeng bertindak merempuh pagar menggunakan lori sebelum menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini.

KUALA LUMPUR - Seramai 43 lelaki termasuk dalang utama dipercayai terlibat menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini, Ahad lalu telah ditahan.

Polis Kuala Lumpur bagaimanapun difahamkan membuat permohonan reman terhadap 35 daripada mereka yang kini berada di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, bersama seorang lagi suspek yang disambung reman.

Dalam pada itu, tujuh lagi individu dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua individu terbabit berusia antara 20-an hingga 40-an diberkas di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga awal pagi Rabu.

Operasi turut merampas sebuah lori yang digunakan dalam kejadian serangan itu

Dalam operasi tangkapan yang dilakukan, pihak polis turut merampas sebuah lori serta senjata yang digunakan suspek seperti batang besi dan batang kayu.

Terdahulu, sekumpulan individu bertopeng bertindak merempuh pagar menggunakan lori sebelum menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini.

Kejadian dramatik itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum rakaman terbabit tular di media sosial.