44% Penghidap HIV Dari Kalangan Pelajar Universiti

Entertainment
27 Apr 2025 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan, dengan kebanyakan kes berpunca daripada aktiviti seksual.

Memetik laporan Buletin TV3, Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya, berkata golongan berusia 20 hingga 29 tahun menyumbang 44% kes jangkitan, manakala pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun mencatatkan 4% kes.

Jangkitan akibat penggunaan dadah semakin berkurangan, namun jangkitan melalui aktiviti seksual makin meningkat.”

Beliau berkata, peningkatan kes dalam kalangan remaja menyebabkan MAC dan MAF memperbanyakkan program kesedaran di sekolah dan universiti.

Sejak 1986 hingga 2023, sebanyak 135,035 kes HIV direkodkan, dengan 54,365 kes berpunca daripada hubungan seksual. Terkini, lapan kes baharu turut melibatkan kanak-kanak bawah usia 13 tahun.

image is not available

Data juga menunjukkan 62 peratus jangkitan berlaku dalam kalangan komuniti homoseksual dan biseksual, manakala 33 peratus melibatkan pasangan berlainan jantina.

Sebagai langkah pencegahan, MAC dan MAF melancarkan ProtectNow Hub, platform digital pertama di Malaysia yang menyediakan akses kepada PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV dan sokongan kesihatan mental tanpa stigma.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.