447,982 murid Tahun Satu terima Bantuan Awal Persekolahan minggu ini

11 Mar 2024 • 11:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 447,982 murid Tahun Satu akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula minggu ini membabitkan peruntukan lebih RM67 juta untuk diagihkan ke 8,903 sekolah di seluruh negara. (Gambar hiasan) Foto Bernama

JASIN - Seramai 447,982 murid Tahun Satu akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula minggu ini membabitkan peruntukan lebih RM67 juta untuk diagihkan ke 8,903 sekolah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM788.13 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP, selain ibu bapa murid Tahun Satu tidak perlu membuat sebarang permohonan.

"Hal ini kerana data anak-anak mereka telah ada di sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua di sini pada Isnin.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

Dalam pada itu, Azman berkata, kantin sekolah termasuk di sekolah menengah kebangsaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi menyantuni murid dan pelajar yang bukan beragama Islam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved