Mudahkan Pergerakan, Murid Istimewa Tahun 1 Ini Naik Kereta Mainan Di Sekolah

10 Mar 2024 • 3:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi negeri-negeri Pantai Timur, hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan baharu dan sudah tentu ramai murid yang baru darjah satu sangat teruja untuk mula bersekolah.

Seorang murid tahun 1 di Kota Bharu, Kelantan ini telah menjadi perhatian apabila dia menaiki kereta mainan untuk memudahkan pergerakannya ketika berada di sekolah.

Memetik laporan Sinar Harian, Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli, murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 1 itu mengalami kecacatan fizikal Cerebral Palsy.

image is not available

Jadi, untuk memudahkannya bergerak ke kelas, tandas atau kantin sekolah, Abdul Hakim telah menaiki kereta mainan bewarna biru itu ketika di sekolah.

Menurut ibu murid tersebut, Siti Fatimah Nurul Naim Hussin yang juga merupakan seorang guru di sekolah terbabit, anak bongsunya itu memang teruja untuk mula belajar di sekolah rendah pada hari ini sehingga Abdul Hakim bangun seawal jam tiga pagi untuk mandi dan bersiap.

image is not available

Ibunya turut mengatakan bahawa meskipun anaknya itu berbeza daripada murid-murid lain, namun Abdul Hakim tetap bersemangat untuk pergi belajar di sekolah.

Difahamkan, sekolah tersebut juga sangat prihatin dengan keadaan murid-muridnya yang istimewa kerana kemudahan seperti tempat pemegang tandas dan sinki rendah di kantin telah disediakan untuk kegunaan anak-anak istimewa sekolah tersebut.

Menurut Kosmo, buat masa ini adik ini akan menggunakan kereta mainan itu kerana dia dan keluargnya sedang menunggu kerusi roda khas yang dibuat mengikut ukuran badan Abdul Hakim.

Difahamkan juga, murid Tahun 1 Ini telah menggunakan kereta mainan itu untuk memudahkan pergerakannya ketika di tadika lagi.

Sama-sama kita doakan dan beri semangat kepada anak istimewa ini dan semoga Abdul Hakim berjaya di dunia dan di akhirat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.