45 mangsa ribut ditempatkan di PPS

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 7:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 45 mangsa ribut ditempatkan di PPS

BUKIT GANTANG: Seramai 45 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang susulan kejadian ribut yang menjejaskan empat kampung dalam Mukim Matang, semalam.

Berdasarkan laporan situasi semasa bencana ribut yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Larut, Matang dan Selama, jumlah itu direkodkan setakat pukul 10 malam tadi.

Empat kawasan terjejas ialah Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.

Menurut laporan tersebut, PPS SK Matang dibuka pada pukul 6.30 petang semalam bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Daripada 45 mangsa yang menetap di PPS berkenaan, 17 merupakan lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

Turut direkodkan dalam kalangan mangsa ialah tujuh warga emas, terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita, serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, seramai 82 mangsa daripada 46 keluarga berdaftar di PPS tersebut tetapi tidak menetap di pusat berkenaan. –UTUSAN

The post 45 mangsa ribut ditempatkan di PPS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved