Banjir di Perak: Dua PPS dibuka, 58 mangsa banjir dipindahkan

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 9:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Banjir di Perak: Dua PPS dibuka, 58 mangsa banjir dipindahkan
58 mangsa daripada 17 keluarga terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama, semalam. Foto hiasan

IPOH - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menempatkan 58 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Hilir Perak serta Larut, Matang dan Selama, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Degong di Hilir Perak menempatkan tiga mangsa susulan banjir membabitkan kawasan di Jalan Kampar Langkap pada 4 petang, Khamis lepas.

"Manakala PPS Masjid Kampung Menteri di Larut, Matang dan Selama menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga selepas banjir di kawasan Kampung Menteri pada 8 malam tadi,” menurut sekretariat tersebut dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim pada sebelah petang, manakala hujan di pada sebelah malam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved