46 pendatang asing ditahan di Kedah

11 Nov 2026 • 2:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 46 pendatang asing ditahan di Kedah

ALOR SETAR: Sebanyak 46 pendatang asing pelbagai warganegara ditahan menerusi Operasi Sapu dan Operasi Pintu yang dijalankan di sekitar Sungai Petani dan Alor Setar, semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan di laman rasmi Facebook memaklumkan dalam dua operasi berasingan itu, mereka menahan 27 lelaki dan 19 wanita warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang berusia 20 hingga 50 tahun.

“Dalam Operasi Sapu yang dijalankan di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Amanjaya 5, Sungai Petani pada 9 pagi, sebanyak 49 orang terdiri daripada warga asing dan tempatan diperiksa.

“Sebanyak 30 pendatang asing iaitu 27 lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia ditahan, kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam Operasi Pintu di sebuah premis di Jalan Gangsa JIM berjaya menyelamatkan 16 wanita Indonesia, yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

“Dua lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki melibatkan kesalahan pemerdagangan orang. Turut disita dua kenderaan, 33 pasport Indonesia serta wang tunai RM122,598.

“Kesemua warga asing dan dua lelaki tempatan itu dibawa ke Pejabat JIM Kedah untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) (Akta 670),” menurut kenyataan JIM Kedah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved